ANGKASA sedia membantu sekolah-sekolah di Kemboja untuk menubuhkan koperasi sekaligus menerapkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar seawal usia muda.

“Golongan muda perlu dididik untuk lebih memilih jalan keusahawan berbanding makan gaji agar lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan,” katanya.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian sewaktu sesi pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Nos Sles di Phnom Penh hari ini

Menurut Nos Sles, terdapat lebih 10,000 buah sekolah di Kemboja dan mereka kini dalam proses untuk memberikan autonomi kepada sekolah untuk berdikari.

“Program ini kita namakan Sekolah Generasi Baharu dan idea penubuhan koperasi adalah amat dialu-alukan agar kelestarian sekolah dapat dijamin dan mampu berdikari sendiri,” jelasnya.

BERITA BERKAITAN Angkasa peruntuk RM14.26j perkukuh keselamatan makanan negara

ANGKASA akan melawat beberapa buah sekolah di Phnom Penh esok untuk sesi penerangan dan panduan penubuhan koperasi sekolah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Bahagian, Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Sos Fazy, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan dan Datuk Kamarudin Ismail, Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Datuk Shaharudin Mohd Sa’ad dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA) ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram