POLIS Kelantan merampas cecair vape bernilai RM800,000 termasuk sebuah kereta di kawasan Chabang Empat, Tumpat, Kelantan, pukul 6 petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya yang sedang membuat rondaan telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pihaknya telah bertindak mengarahkan pemandu terbabit untuk berhenti namun suspek terus memecut laju ke arah Neting, Pengkalan Kubor.

“Polis kemudian mengejar kereta terbabit sehingga ke Kampung Pasir Putih, Chabang Empat dan mendapati kereta ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kotak berwarna coklat berisi pod cecair vape di tempat duduk belakang dan tempat simpanan barang.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 9,600 kotak pod cecair vape pelbagai jenama bernilai RM768,000 dan 240 botol cecair vape bernilai RM24,000 dirampas,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Cecair vape dari AS dirampas, lepasi tarikh luput, bahayakan kesihatan

Jelasnya, rampasan diserahkan kepada cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Racun 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram