BELUM ada sebarang bukti bahawa minyak masak polibeg terapung di perairan Indonesia yang tular dalam media sosial, semalam merupakan minyak masak bersubsidi dari Malaysia.
Sehubungan itu, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian sehingga berita tersebut dapat disahkan pihak yang mempunyai autoriti.

Menurut Annuar, pihaknya juga sedang mendapat pengesahan dan butiran lanjut mengenai gambar-gambar yang tular tersebut.
Katanya, maklumat awal yang diterima adalah minyak masak polibeg tersebut adalah dari Indonesia sendiri.
Malah, Annuar juga memaklumkan telah meminta Bernama membuat susulan dengan rakan media di Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Ada pihak membuat andaian kononnya minyak tersebut datang dari Malaysia.
“Sehingga kini kita cuba mendapat pengesahan daripada media yang melaporkan perkara tersebut tetapi tidak ada satu pihak pun dapat membuat pengesahan dan butiran lanjut tentang gambar yang difahamkan dipetik daripada akaun media sosial tertentu.
Baca artikel berkaitan: Eksport minyak masak polibeg dihentikan serta-merta
“Sehingga ada kenyataan yang jelas dan sahih, tak wajar untuk diandaikan minyak itu adalah minyak masak bersubsidi dari negara kita.
“Namun begitu, kita tak mengetepikan begitu sahaja dan cuba dapatkan maklumat sahih,” katanya dalam sidang media hari ini.
Semalam, media melaporkan penemuan ribuan peket minyak masak polibeg dipercayai bersubsidi dari Malaysia berhampiran Pulau Jawa, Indonesia.
Video berdurasi 11 saat itu tular dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki sanggup berenang mengutip minyak masak yang terapung di laut dan memasukkannya ke dalam plastik.
Video berkenaan turut menunjukkan beberapa individu di atas bot membantu lelaki berkenaan memunggah peket minyak masak terapung yang dikutip.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

