Tun M umum Gerakan Tanah Air, gabungan politik baharu berlandas Melayu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBUAH gabungan parti politik baharu berlandaskan Melayu dinamakan Gerakan Tanah Air ditubuhkan hari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penubuhan gagasan politik itu diumumkan sendiri Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut bertindak selaku Pengerusi Gerakan Tanah Air dalam sidang media, hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, gabungan tersebut akan dianggotai empat parti politik iaitu Pejuang, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman) dan parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Pada masa sama, beliau memaklumkan, Gerakan Tanah Air juga akan dianggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional, ahli akademik dan orang perseorangan.

Walaupun dianggotai golongan Melayu dan bumiputera, namun Dr. Mahathir memaklumkan, gabungan itu akan berjuang demi kesejahteraan semua golongan dalam negara.

“Kita telah pilih nama yang sesuai dengan gerakan kita dan nama yang dipersetujui ialah Gerakan Tanah Air.

“Ini adalah satu gerakan rakyat untuk menentukan nasib mereka dengan lebih baik bagi menukar kerajaan yang mengutamakan kepentingan diri.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin-peminpin parti gabungan melayu yang terdiri daripada parti PEJUANG, PUTRA, BERJASA dan IMAN selepas mengadakan sidang media khas mengenai penubuhan parti-parti gagasan baharu yang dinamakan sebagai Gerakan Tanah Air di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Tun M bakal tubuh gagasan baharu berteras agenda Melayu, Islam

“Kita akan berjuang untuk rakyat, negara dan agama Islam yang menjadi agama orang Melayu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr. Mahathir turut mengumumkan barisan kepemimpinan tertinggi Gerakan Tanah Air termasuk empat Timbalan Pengerusi.

Timbalan Pengerusi berkenaan terdiri daripada Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim; Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Iman, Datuk Mohamed Mohsin Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir turut meluahkan keyakinan Gerakan Tanah Air itu mampu menambat hati rakyat dalam PRU-15 menerusi 120 kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di kerusi-kerusi milik UMNO.

Jelas beliau, ini kerana gerakan tersebut memberi tumpuan untuk menentang UMNO yang didakwanya sudah menyeleweng daripada perjuangan asal.

“Kita nak letak calon sebanyak 120 dan sudah tentu (di kawasan) ditandingi oleh UMNO.

“Kita berpendapat sudah tiba masa untuk orang Melayu kenal UMNO yang ada sekarang ini hanyalah pada nama kerana perjuangannya ialah duit.

“Setakat yang kita tahu, UMNO menjadi kerajaan dengan sokongan hanya 35 peratus, ada 65 peratus lagi tak sokong kerajaan.

“Antara 65 peratus ini terdapat individu yang tidak turun mengundi sama sekali, jadi kita yakin dengan penerangan mereka akan memberi sokongan kepada kita dan boleh dapat kemenangan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Malaysia sedia hulur bantuan, PM jamin pantau keadaan

MALAYSIA bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda Mindanao, selatan Filipina, pagi...

More Articles Like This