Polis sudah rakam keterangan 20 individu termasuk pekerja ubah suai rumah Zalina

Dari Penulis

TIGA lelaki yang menjalankan kerja pengubahsuaian rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman di Seksyen 3, Shah Alam didapati tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan keterangan yang diambil daripada kesemua mereka yang berusia lingkungan 30-an berkenaan, dua minggu lepas.

Menurut beliau, seorang daripadanya merupakan kontraktor manakala dua lagi adalah pekerja.

Memetik laporan Bernama, Mohd Iqbal berkata, mereka mula melakukan kerja pengubahsuaian pada 2019 selepas Zalina membeli rumah tersebut setahun sebelumnya.

“Ubah suai rumah itu dilakukan secara berperingkat bermula dari pendawaian, studio, galeri dan tempat masak untuk rakaman. Kos ubah suai itu berjumlah kira-kira RM320,000 dan dua transaksi pembayaran sekitar RM260,000 telah dilakukan Zalina Shaharah dengan terakhir pada Ogos 2021.

“Bagaimanapun, Zalina Shaharah tidak meneruskan pengubahsuaian kerana tidak mempunyai wang untuk meneruskan kerja pengubahsuaian yang telah siap kira-kira 60 peratus,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.   

Mohd Iqbal berkata setakat ini, pihaknya telah merakamkan keterangan daripada 20 individu untuk membantu siasatan kehilangan wanita berkenaan.

Baca: Polis sukar kesan pekerja ubah suai rumah Zalina Azman

Kali terakhir telefon bimbit Zalina aktif pada 20 November

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah merampas sebuah komputer riba untuk dianalisis dan beberapa dokumen menerusi pemeriksaan di rumah Zalina Shaharah pada 28 Julai lepas.

“Kita juga telah melakukan pemeriksaan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) namun gagal mengesan sebarang jejak di rumah tersebut,” katanya. 

Dilaporkan, polis menerima laporan mengenai kehilangan Zalina Shaharah, 58, atau dikenali sebagai Zalina Azman daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov tahun lepas bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Polis mempercayai Zalina Shaharah masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Amaran tsunami 0.4 meter di empat kawasan pantai Sabah

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran awal tsunami di empat kawasan pantai di Sabah susulan gempa bumi kuat bermagnitud...

More Articles Like This