Tangkap layar rakaman memaparkan aksi dua murid bergaduh di Stadium Taman Kluang Barat.

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung klip video tular membabitkan pergaduhan antara dua orang murid di Stadium Taman Kluang Barat, Kluang, pukul 2.15 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puaa hati di dalam kelas.

Katanya, kedua-dua murid berusia 15 tahun dan salah seorang tak puas hati akibat rakannya menconteng meja.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis akan terus komited memerangi kegiatan jenayah dan menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada.

Semalam tular satu klip video memaparkan kekecohan antara dua murid yang dipercayai dirakam murid lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Baca artikel berkaitan : 21 orang murid ditahan bergaduh di Sandakan

Rakaman itu kemudian mendapat pelbagai reaksi netizen selepas aksi pengaduhan itu dimuat naik ke laman media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram