“Saya masuk politik untuk berkhidmat kepada negara” – Tengku Zafrul

Dari Penulis

TENGKU Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keputusannya untuk memasuki arena politik adalah satu keputusan yang sukar tetapi amat diperlukan untuk beliau terus berkhidmat kepada negara.

Dalam satu wawancara dengan Cable News Network (CNN), Menteri Kewangan itu berkata selaku seorang senator sekarang ini tempoh perkhidmatannya terhad kepada enam tahun sahaja.

“Jika anda mahu terus berkhidmat untuk negara, anda perlulah menyertai politik secara aktif.

Tumpuan saya sekarang ialah meneruskan pembaharuan fiskal dan untuk meneruskan dalam jangka masa panjang saya memutuskan untuk memasuki arena politik dan memainkan peranan dalam sebuah parti politik,” katanya.

Walaupun keputusan itu mungkin bukan sesuatu yang popular, Tengku Zafrul berkata ia keputusan yang tepat dan adalah penting rakyat memahami mengapa keputusan seperti itu perlu dibuat.

BERITA BERKAITAN Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor – Noh Omar

Baru-baru ini,  Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan Tengku Zafrul sebagai bendahari baharu parti tersebut. 

“Anda perlu melakukannya. Tiada pilihan untuk itu.  Masalahnya apabila membuat satu keputusan sukar anda tidak mempunyai masa dan cara terbaik ialah menyuarakannya secara elok.

Kami memerlukan pengurusan pihak berkepentingan yang lebih mantap dan kami telah melakukannya serta kami membuat banyak keputusan sukar, terutamanya semasa krisis, krisis COVID-19. Jadi saya fikir komunikasi adalah kuncinya dan yang terbaik juga ialah menumpukan kepada pembaharuan negara,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This