Minyak paket terapung akibat nahas kapal kargo pengangkut – Kemendag

Dari Penulis

RATUSAN minyak masak paket yang ditemukan terapung di perairan Indonesia disebabkan oleh kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas, menurut Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag).

Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Syailendra berkata kejadian itu yang  melibatkan minyak masak paket berjenama “Fortune” berlaku di wilayah perairan Riau.

“Maklumat dari pengeluar minyak masak, itu kerana kemalangan kapal dan minyak masaknya jatuh ke laut,” kata Syailendra seperti dipetik portal berita detikcom hari ini.

Syailendra turut mengirimkan sebuah video kepada detikcom mengenai nahas kapal kargo Aneka Maju yang terjadi di Selat Malaka, perairan Riau.

“Itu bukan di Laut Jawa, itu di Riau. Jadi memang kemalangan. Saat ini masih dicek,” katanya.

 Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai penemuan ratusan paket minyak masak terapung di perairan Indonesia dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Kemalangan kapal kargo sering terjadi di perairan itu disebabkan faktor cuaca dan teknikal.

Pada 5 Mei lepas, empat orang maut apabila sebuah bot laju merempuh bot kayu yang sarat dengan barang keperluan asas di Sungai Piring, Indragiri Hilir, Riau akibat kesukaran melihat kapal lain ketika belayar pada waktu malam.

Pada 10 Nov 2021, kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas tenggelam di Perairan Karimun, Riau disebabkan cuaca ekstrem. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita antara dua ditahan samun guna pisau, cederakan pemandu e-hailing

SEORANG wanita merupakan dua suspek yang ditahan bersabit kejadian samun bersenjatakan pisau hingga mencederakan seorang pemandu e-hailing di Terminal...

More Articles Like This