Curi duit tabung surau RM30, murid Tingkatan Satu ditahan

Dari Penulis

SEORANG murid Tingkatan Satu bersama seorang penggangur ditahan selepas disyaki mencuri duit tabung surau di Taman Keramat Permai, Ampang bernilai RM30.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pesara warga emas yang mendapati tabung surau telah tertanggal pada hari Khamis lalu, pukul 6 pagi.

Beliau berkata, pihaknya telah menangkap dua lelaki masing-masing berusia 13 dan 21 tahun di tepi Jalan 6/10, Tasek Tambahan pada pukul 10.10 malam tadi.

“Turut dirampas sebuah motosikal motosikal jenis Yamaha Lagenda dengan nombor pendaftaran palsu yang dipercayai digunakan sewaktu kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, modus operandi suspek adalah mensasarkan tabung duit derma dalam surau.

Baca artikel berkaitan : Curi tabung masjid: Selepas video dimandi ditular, remaja dijel 10 hari, denda RM4,000

Reman terhadap suspek akan dibuat pada hari ini di Mahkamah Ampang dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa apa perbuatan melakukan curi dalam bangunan dan menggunakan nombur pendaftaran palsu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This