Tiga pekerja Bangladesh parah, Hilux langgar jengkaut

Dari Penulis

TIGA pekerja warga Bangladesh dilaporkan parah selepas sebuah Toyota Hilux melanggar jengkaut di Jalan Bangi Lama Batu 2, pukul 4.42 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 10 minit kemudian dan mendapati Toyota Hilux telah melanggar sebuah jengkaut yang sedang menjalankan kerja pembaikan kabel elektrik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kemalangan terbabit mengakibatkan dua pekerja Bangladesh tersepit di bahagian bawah Toyota Hilux sebelum berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Baca artikel berkaitan : Tiga beranak maut, 4X4 rempuh tiang jejambat

“Pemandu Hilux dan seorang lagi pekerja Bangladesh cedera ringan,” katanya.

Katanya, semua mangsa telah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This