SELEPAS berhempas pulas selama dua hari menempuhi pelbagai cabaran, empat penunggang tegar motosikal berkuasa tinggi termasuk seorang wanita muncul sebagai pemenang BMW Motorrad GS Challenge 2022, Ahad lalu.
Kejayaan diraih empat penunggang tegar itu sekali gus memenuhi impian mereka menyertai Follow the Trails (FTT) Tour iaitu sebahagian daripada acara Trofi BMW GS Antarabangsa yang akan dilangsungkan di Albania, Oktober depan.
Empat pemenang bertuah itu adalah Muhairi Muhammad; Rosmadi Saad; V. Niranjan dan seorang penunggang wanita, Elis Suriani Johari.
Muhairi mengungguli bagi kategori lelaki apabila hanya merekodkan tujuh markah penalti sepanjang 13 cabaran yang dilakukan diikuti Rosmadi dan Niranjan.
Seramai 50 peserta telah mengambil bahagian dalam acara yang dilangsungkan selama dua hari di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya berakhir Ahad lalu.
Peserta telah didedahkan dengan pengalaman tunggangan terbaik yang telah menguji kemahiran menunggang dan mengawal motosikal berkuasa tinggi menempuhi laluan mencabar.
12 peserta terbaik kemudiannya dipilih sebagai finalis untuk bersaing pada hari kedua dengan empat individu diumumkan pemenang.

Baca artikel berkaitan: BMW Motorrad GS Challenge Malaysia umpama ‘Olimpik’ penunggang tegar

Umpama ‘Sukan Olimpik’ bagi penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggemari aktiviti lasak, BMW Motorrad GS Challenge menjanjikan cabaran tertinggi kepada pesertanya.
kesemua peserta menempuh 15 cabaran termasuk perjalanan off-road sejauh 70 kilometer.
Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans De Visser berkata, BMW Motorrad GS Challenge yang mengambil ilham daripada pertandingan popular BMW iaitu Trofi GS Antarabangsa membawa keterujaan pengembaraan bagi penunggang GS di Malaysia.
“Kami ingin membawakan sekali lagi keterujaan itu susulan acara kelayakan serantau yang telah kami anjurkan pada tahun 2017 untuk memilih wakil bagi pertandingan tersebut.
“Saya percaya peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan dan cabaran menunggang yang merupakan ramuan bagi kelahiran jentera GS,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

