Saya, MINDEF lakukan apa sahaja pastikan isu LCS selesai – Hishammuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan lakukan apa sahaja bagi memastikan isu ini (perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dapat diselesaikan.”

Itu kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan berhubung isu berkenaan.

Pada masa sama, Hishammuddin memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh kepada semua badan berkuasa yang melakukan siasatan seperti SPRM; Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC); Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) serta audit forensik.

“MINDEF mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri berhubung isu perolehan LCS sebentar tadi.

“Saya dan barisan kepimpinan di MINDEF tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan.

“Sebaliknya hanya mahukan perkara ini dapat diselesaikan dan diteruskan demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), demi wang awam yang dibelanjakan serta kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memaklumkan kementerian itu juga memberi jaminan bahawa keputusan Kabinet hari ini tidak akan mengganggu tidak perkara yang telah beliau tegaskan beberapa kali sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: Isu LCS: PM gesa SPRM segerakan siasatan, bawa ke muka pengadilan

Katanya, tiga perkara itu termasuk TLDM memerlukan LCS dan projek tersebut mesti diteruskan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, April lalu.

Selain itu, Hishammuddin berkata, pihak yang salah tetap salah dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ketiga, dalam tempoh enam bulan ini, MINDEF juga sedang giat melakukan kerja-kerja rundingan dengan pihak OEM, vendor dan perbankan sebagai pelan mobilisasi bagi memastikan LCS dapat disiapkan.

“Justeru, penting untuk semua pemegang taruh kekal fokus terhadap usaha meneruskan projek LCS, demi memastikan TLDM dapat memiliki LCS yang sangat mereka perlukan dengan secepat mungkin,” jelas beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam kenyataan menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung isu LCS yang hangat diperkatakan ketika ini.

Sekiranya terdapat bukti kukuh, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Peguam Negara perlu membuat pendakwaan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Malah, Perdana Menteri memaklumkan telah memanggil Peguam negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras keputusan mesyuarat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This