Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai (empat dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada senjata api tiruan bernilai RM318,520.00 yang berjaya dirampas didalam sebuah kereta Myvi dipandu seorang warga asing ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

TINDAKAN seorang lelaki warga asing membawa 25 laras senjata jenis rifle tiruan, dua pistol mainan dan 480 butir peluru plastik di dalam kereta Myvi dipandunya mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian 11.20 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut ditahan selepas dua anggota MPV melihat kereta yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Eng Lai, anggota bertugas kemudian menahan suspek dan hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut telah menjumpai pelbagai jenis senjata tiruan di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang.

“Pemandu kereta telah ditangkap kerana kesalahan memiliki kesemua senjata tiruan tersebut dan juga gagal untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri.

@utusantvofficial

Anggaran keseluruhan rampasan senjata tiruan tersebut berjumlah RM318,520.00. Video oleh Abd Razak Aid. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Ekoran daripada tangkapan tersebut, pada jam lebih kurang 9.00 malam semalam sehingga lebih kurang 12.30 pagi tadi, serbuan telah dillakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul ke atas sebuah premis perniagaan di Taman Fadason Jinjang dan sebuah rumah kediaman di Taman Megah Kepong.

“Kedua-dua premis tersebut telah dijadikan tempat penyimpanan senjata tiruan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sebahagian daripada senjata api tiruan bernilai RM318,520.00 yang berjaya dirampas didalam sebuah kereta Myvi dipandu seorang warga asing pada sidang media Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Polis sahkan terima laporan pergaduhan di restoran nasi kandar

Mengulas lanjut, Eng Lai berkata, dalam kedua-dua serbuan ini, polis telah berjaya merampas sebanyak 731 pucuk pistol tiruan pelbagai jenis, 198 laras senapang tiruan pelbagai jenis dan 1,149 laras rifle tiruan pelbagai jenis. 

Jelas beliau, anggaran keseluruhan rampasan senjata tiruan tersebut berjumlah RM318,520.00.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek telah menjalankan perniagaan menjual barangan mainan senjata tiruan secara atas talian. 

“Suspek mula beroperasi sejak Oktober 2021 dan membeli semua barangan mainan tersebut dari China. 

“Suspek kemudiannya menjual semula barangan mainan senjata tiruan tersebut melalui aplikasi Shopee dan Lazada.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai (tiga dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada senjata api tiruan bernilai RM318,520.00 yang berjaya dirampas didalam sebuah kereta Myvi dipandu seorang warga asing ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Barangan tersebut telah dijual dengan kadar harga RM50 sehingga RM 200 seunit,” katanya.

Menurut Eng Lai, suspek kini telah ditahan reman selama tiga hari di IPD Sentul bermula hari ini hingga 12 Ogos untuk membantu siasatan. 

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.

“Pihak Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya memberikan kerjasama serta menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan seperti ini. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482206,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram