Tiga wanita warga Myanmar yang bersembunyi di dalam bonet kereta. GAMBAR: Polis.

TIGA wanita warga Myanmar terpaksa menahan azab perjalanan lebih 400 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan di dalam bonet kereta kerana mahu diseludup ke Klang, tetapi berakhir dengan mereka ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketiga-tiga wanita itu ditahan bersama-sama tiga lelaki yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah di Persiaran Tun Teja Alam Impian, Shah Alam, semalam.

Katanya, kesemua mereka “diangkut” seorang lelaki warga tempatan menggunakan sebuah kereta jenis Nissan Teana dengan bayaran RM300 sekepala.

“Ketika ditahan tiga lelaki warga Myanmar berada di tempat duduk penumpang manakala tiga wanita itu diletakkan di dalam bonet kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 36 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Suspek warga Myanmar ditahan dalam satu sekatan jalan raya.

“Siasatan awal mendapati lelaki Melayu yang bertindak sebagai pemandu itu mengakui menerima upah daripada ‘Pok Sey’ bagi membawa kesemua mereka dari Kota Bharu ke Klang,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Empat individu ditahan terlibat eksploitasi pekerja asing di Klang

Tambahnya, hasil pemeriksaan beg milik pemandu, polis turut menemukan peralatan menghisap dadah dan plastik yang mengandungi 50 biji pil disyaki pil kuda.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua warga Myanmar direman selama 14 hari sehingga 24 Ogos ini manakala pemandu terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta ditahan reman selama 28 hari sehingga 7 September di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram