LRA Langat 2 henti tugas, 397 kawasan Lembah Klang alami gangguan air

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 397 kawasan di tiga wilayah Lembah Klang terpaksa berhadapan gangguan bekalan air mulai pukul 10 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air tidak berjadual itu berlaku ekoran henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada pukul 4.30 pagi tadi.

Menurut Air Selangor, ia susulan insiden pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Semantan, Karak, Pahang.

Syarikat itu memberitahu, pencemaran bahan kimia itu akibat daripada kes kemalangan di Kilometer 75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur, semalam.

“Berikutan henti tugas tidak berjadual LRA Langat 2 ini, pengguna di sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air mulai 10 pagi, 11 Ogos (hari ini).

“397 kawasan itu melibatkan tiga kawasan di Petaling; 172 kawasan di Kuala Lumpur dan 222 kawasan di Hulu Langat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Masalah air di Selangor selesai jika BN berkuasa – Najib

Mengulas lanjut, Air Selangor memaklumkan, LRA Langat 2 dijangka mula beroperasi semula pada pukul 3.30 petang ini bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

Katanya, bekalan air terawat dijangka mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan pada premis-premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This