BEKALAN air di kesemua 397 kawasan yang terjejas ekoran henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) akan pulih sepenuhnya menjelang pukul 8 malam, esok.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, LRA Langat 2 telah mula beroperasi semula pada pukul 3.30 petang tadi bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.
Menurut Air Selangor, bekalan air terawat akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.
“Berikutan itu, bekalan air di kesemua 397 kawasan yang terjejas di tiga wilayah Air Selangor iaitu tiga kawasan di Petaling; 172 kawasan di Kuala Lumpur dan 222 kawasan Hulu Langat dijangka pulih sepenuhnya pukul 8 malam, esok.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel berkaitan: LRA Langat 2 henti tugas, 397 kawasan Lembah Klang alami gangguan air
Mengulas lanjut, Air Selangor memberi jaminan bantuan alternatif melalui lori tangki akan terus digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.
“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas,” jelasnya.
Pagi tadi, Air Selangor memaklumkan sebanyak 397 kawasan di tiga wilayah Lembah Klang terpaksa berhadapan gangguan bekalan air mulai pukul 10 pagi.
Gangguan bekalan air tidak berjadual itu berlaku ekoran henti tugas sementara LRA Langat 2 pada pukul 4.30 pagi tadi.
Ia susulan insiden pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Semantan, Karak, Pahang.
Pencemaran bahan kimia itu akibat daripada kes kemalangan di Kilometer 75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur, semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

