Pemandu lori parah dilanggar lori pasir

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori cedera parah selepas dilanggar sebuah lagi lori dalam satu kemalangan di Kampung Keda Sungai Tengas, Serdang, Kedah, tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Mohd Faiz Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.10 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari balai bomba tersebut dan Selama dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan bermuatan pasir dengan sebuah lori tiga tan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelasnya, mangsa Mohamad Zawawi Khalid, 42, yang merupakan pemandu lori tiga tan tersepit dalam kemalangan tersebut.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘hydraulic cutter’, ‘air lifting bag’ dan turut dibantu oleh jengkaut milik orang awam,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Treler rempuh treler, pemandu cedera

Katanya, mangsa yang mengalami cedera parah telah diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PN bukan milik mutlak mana-mana parti – Ahmad Samsuri

PERIKATAN Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. Demikian penegasan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam...

More Articles Like This