Tangkap layar rakaman memaparkan aksi cubaan samun di sebuah rumah namun gagal.

POLIS Perak kini mengesan seorang lelaki selepas aksi cubaan samun di sebuah rumah dekat Taman Tasek Indra, Ipoh pada pukul 6.40 pagi, Jumaat lalu, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah hantaran klip video di laman TikTok.

Video terbabit memaparkan aksi seorang lelaki cuba menyamun menggunakan senjata, tetapi tidak berjaya.

Video berkenaan telah dimuat naik di laman TikTok UtusanTV malam semalam melalui perkongsian Kak Yong Legasi.

Kurang 24 jam ia dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih 5.3 juta kali.

@utusantvofficial

Kejadian didakwa berlaku di Taman Kemiri Sungai Siput, Perak pada 5 OGOS 2022. Video dimuat naik hari ini oleh @Kak Yong Legacy #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Di dalam ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur tiada perkara yang buruk berlaku kepada pemilik rumah.

Baca artikel berkaitan : Suspek, mangsa kes cubaan samun guna sabit maut

Malah netizen turut mengatakan alas kaki yang diletakkan di hadapan pintu rumah mangsa telah berjaya menggagalkan usaha penyamun.

Sementara itu Yahaya berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Polis menyeru saksi kejadian untuk tampil berhubungan dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Fadli Ahmad bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram