Tangkap layar rakaman memaparkan seorang ustaz dipukul di pusat pengajian tahfiz.

POLIS kini memburu tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian menyerang seorang ustaz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang, selepas dua daripada mereka sudah ditahan awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat pengajian tahfiz pada pukul 5.10 petang semalam sebelum video klip si pelaku tular sejak awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berjaya ditangkap dalam beberapa serbuan di kawasan Damak, Jerantut.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methmaphetamine dan mempunyai rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah.

“Tahanan reman telah dibenarkan selama empat hari sehingga Isnin oleh Mahkamah Majistret Kuala Lipis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, identiti tiga lagi suspek telah dikenal pasti dan polis kini giat mengesan mereka.

Mengulas lanjut, kejadian dipercayai berlaku apabila lima orang suspek bersama seorang murid tahfiz dipercayai telah pergi ke pusat tahfiz berkenaan dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Tiga suspek terbabit telah bertindak menyerang seorang ustaz dan seorang murid tahfiz,” tambahnya.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat oleh murid tahfiz terbabit pada pukul 6.43 petang hari kejadian.

Dalam pergaduhan tersebut, ustaz terbabit telah cedera pada mata kanan dan menerima empat jahitan serta mengalami kecederaan di tangan dan badan.

Baca artikel berkaitan : Polis kesan individu cederakan dua lelaki dekat pusat beli-belah KL

Manakala murid tahfiz mengalami sakit-sakit di badan.

“Punca kejadian dipercayai akibat tidak puas hati kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 147, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram