Tangkap layar rakaman memaparkan dua lelaki dipukul oleh sekumpulan individu.

POLIS kini mengesan individu yang terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan terhadap dua lelaki berdekatan sebuah pusat beli-belah dekat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah hantaran klip video di laman Facebook.

Beliau berkata, kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku akibat daripada kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta dan tiga buah motosikal.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis meminta individu yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

@utusantvofficial

Replying to @nurtashyaeddeleen . Kes langgar lari. Ini video awal. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Polis buru individu bergaduh di restoran nasi kandar

Noor Dellhan berkata, pihaknya memberi amaran keras kepada orang ramai untuk tidak terlibat dengan sebarang kesalahan yang melanggari undang-undang.

Sementara itu, menerusi hantaran pengguna Facebook terbabit, pergaduhan didakwa berlaku kerana kejadian langgar lari dan dua individu terbabit telah dikejar serta ditahan oleh orang awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram