Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengadakan lawatan ke Laman Padi, MAFI, di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022, hari ini..

FELCRA Berhad melalui anak syarikatnya FELCRA Plantation diberi kepercayaan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk menjadi pengeluar benih asas padi wangi MRQ76.

Benih asas padi itu dikomersialkan oleh FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, FELCRA diberi peranan utama dalam memastikan kualiti dan kuantiti benih asas padi wangi MRQ76 sentiasa terjamin dan mencukupi bagi tujuan penanaman padi wangi berskala besar di bawah program SMART Sawah Berskala Besar (SBB).

“Kerjasama pintar di antara pihak MAFI dan FGV dalam program SMART SBB ini telah terbukti mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi sehingga satu tan metrik sehektar sekaligus meningkatkan hasil pendapatan pesawah dengan harga jualan padi RM1,540 per tan metrik berbanding RM1,260 per tan metrik untuk varieti padi putih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Laman Padi, MAFI, di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengerusi Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, MAFI, Azman Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Mat Roni Zakaria.

Baca artikel berkaitan: UniKL catat kadar kebolehpasaran graduan lebih 97 peratus

Jelas Mahdzir, program SMART SBB telah terbukti berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi khususnya di kawasan penanaman padi di bawah pengurusan FELCRA Berhad di Seberang Perak dan Barat Laut Selangor.
 
Seiring dengan revolusi perindustrian keempat 4.0, FELCRA tambah Mahdzir, telah membuat perubahan dalam pengurusan tanaman padi melalui penggunaan aplikasi teknologi seperti dron.

“Sejumlah RM1.8 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk pembangunan teknologi dron di estet FELCRA.

“Ia bertujuan bagi menggalakkan dan menarik minat golongan muda khususnya anak peserta FELCRA untuk menceburi industri padi sekaligus menyediakan peluang pekerjaan baru di kawasan terbabit.

“FELCRA turut mempunyai kepakaran dalam melaksakan kerja-kerja kajian profil tanah bagi membantu pesawah mengenal pasti nutrien tanah dan tahap kesuburan tanah. Perkara ini penting dalam memastikan rawatan tanah dapat dilaksanakan secara efisyen dan efektif,” jelas beliau.
 
Selain itu tambah Mahdzir, FELCRA turut menjalin kerjasama dengan syarikat swasta bagi menghasilkan produk beras putih menggunakan jenama sendiri sebagai menyokong Dasar Jaminan Keselamatan Makanan Negara.
 
“Tahun ini, KPLB telah menyediakan peruntukan sebanyak RM12 juta kepada FELCRA bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf untuk menambahbaik infrastruktur ladang.

“Ini selaras dengan evolusi industri padi dan beras negara bagi menjamin keselamatan bekalan negara, kata Mahdzir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram