SEORANG petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di Kota Bharu, meninggal dunia akibat pendarahan otak semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi semalam (Sabtu), namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata mayat Kittichai telah dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk diserahkan kepada waris pada pukul 8 malam hari yang sama.

“Polis juga telah mengambil keterangan daripada pihak penganjur berhubung kes tersebut dan mendapati pihak terbabit mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram