Kertas Putih Kesihatan kukuh sistem kesihatan secara menyeluruh – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CADANGAN Kertas Putih Kesihatan disifatkan bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh supaya sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan tersebut juga supaya keperluan kesihatan sentiasa bersedia mendepani cabaran dalam tahun-tahun akan datang.

Menurut beliau, Kertas Putih Kesihatan bukan sahaja menumpukan kepada transformasi perkhidmatan kesihatan tetapi juga meneliti aspek-aspek lain yang membawa impak kepada kesihatan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri berkata, keberkesanan sistem kesihatan negara tidak seharusnya digalas oleh Kementerian Kesihatan semata-mata sebaliknya menjadi tanggungjawab semua pihak seperti pemegang taruh, sektor awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya juga percaya, jika kita bersama-sama berganding bahu dan berusaha ke arah kebaikan, kita mampu ‘Mencorak Semula Perkhidmatan Kesihatan untuk Keluarga Malaysia’.

“Cabaran kesihatan yang diharungi sebelum ini dan apa yang kita jangkakan pada masa hadapan patut dijadikan sandaran untuk menambah baik dan memperkukuh sistem kesihatan sedia ada.

“Justeru pembangunan Kertas Putih Kesihatan bertepatan pada masanya bagi merealisasikan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan kalis masa hadapan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: PM umum ganjaran RM20,000 kepada atlet IPT berjaya pecah rekod kebangsaan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut berkongsi tiga harapannya dalam usaha kerajaan mencorakkan semula sistem kesihatan negara.

Harapan pertama, Perdana Menteri mahu sistem kesihatan negara menyokong dan membantu Keluarga Malaysia kekal sihat serta bukan lagi menumpukan kepada rawatan dan intervensi setelah berpenyakit.

Selain itu, Perdana Menteri juga berharap sistem kesihatan negara mampu memenuhi keperluan rawatan Keluarga Malaysia secara mampan dan berdaya tahan daripada semua cabaran termasuk dalam situasi pandemik global.

Perdana Menteri turut berharap sistem kesihatan negara menjadi kebanggaan Keluarga Malaysia kerana merasakan mereka adalah sebahagian daripadanya dan juga menghargai peranannya.

“Saya percaya bahawa anda juga berkongsi harapan yang sama dan transformasi sistem kesihatan negara perlu melibatkan pelbagai aspek termasuk menerapkan pendekatan whole of government dan whole of society iaitu kesihatan adalah tanggungjawab bersama.

“Saya juga menyeru Keluarga Malaysia agar membudayakan gaya hidup sihat seperti mengaktifkan diri, pupuk minda sihat, makan secara sihat dan tidak merokok serta melakukan saringan kesihatan secara berkala.

“Kerajaan turut menyasarkan Malaysia menjadi sebuah negara bebas daripada amalan merokok melalui strategi Generasi Penamat dan saya berharap Rang Undang-Undang berkenaan dapat dibentangkan di mesyuarat Parlimen akan datang,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This