Rakyat Malaysia ditahan BNN tidak pernah berkhidmat dengan PDRM

Dari Penulis


INDIVIDU yang ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia di Sukajadi, Batam tidak pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun sukarelawan polis atau polis bantuan.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, pihaknya mengesan sebaran  klip video yang diambil dari berita TV ONE mengenai tangkapan seorang rakyat Malaysia oleh BNN, terlibat dalam makmal memproses syabu di Sukajadi, Batam.

Katanya, dalam laporan berita itu,  suspek didakwa merupakan bekas anggota PDRM.


“Semakan PDRM mendapati suspek yang ditahan tersebut tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.


Mengulas lanjut, Skandaguru berkata, rekod turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis.


“PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes ini dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This