PERSATUAN Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA) melancarkan program ‘Malaysian Food, Fashion Fiesta 2022 London, United Kingdom’, hari ini.
Penganjuran program bersempena dengan sambutan Hari Malaysia itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 16 September ini.
Yang Dipertua USAHANITA Malaysia, Datuk Faridah A Jabbar berkata, program buat julung-julung kalinya diadakan menjelang 40 tahun penubuhan USAHANITA.

“Program bertemakan ‘Taste of Malaysia’ ini memaparkan budaya kesenian, kraftangan, produk-produk tempatan hasil dari ahli-ahli USAHANITA serta usahawan tempatan,” katanya ketika merasmikan pelancaran program Malaysian Food, Fashion Fiesta 2022 UK di Platinum Walk, Kuala Lumpur petang tadi.
Malah, program ini turut melibatkan kerjasama sebuah restoran Malaysia yang terkenal di London iaitu Halia UK.
“Halia UK telah bersetuju untuk mengetengahkan produk hasil usahawan ini secara eksklusif sebagai aktiviti utama misi dagangan USAHANITA ke kota London,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, ahli USAHANITA dari Johor menjadi platform rasmi e-dagang yang akan memasarkan produk secara dalam talian menerusi MyGalore.
Insiatif ini sebagai usaha menyahut dan menghargai usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi serta memperkasakan kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutamanya wanita.
“Program ini dapat membantu produk keluaran wanita untuk lebih dikenali, kompetitif serta berdaya saing di luar negara,” kata Faridah.

Baca artikel berkaitan : PM seru usahawan wanita terap semangat Keluarga Malaysia martabat ekonomi
Katanya, program ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif dalam Makan Malam Amal bersama Reyhana dengan memperkenalkan songket pada malam 16 September.
Jelasnya, beliau amat terharu akan sokongan yang positif meskipun 90 peratus usahawan mengalami pelbagai masalah kekangan kewangan.
Sebagai info, USAHANITA ditubuhkan pada tahun 1982 dan dianggotai oleh usahawan wanita daripada pelbagai latar belakang perniagaan dari 250 daerah dan 12 negeri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

