Isytihar pekasam ikan, rupanya

Dari Penulis

 

HELAH dua lelaki yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan melabelkan dua kotak polistren dan satu beg plastik berzip dengan tulisan “Pekasam Ikan” terbongkar, apabila pemeriksaan lanjut polis mendapati kesemua bekas tersebut berisi daun disyaki ketum.


Polis Daerah Kota Setar menerusi catatan di akaun rasmi Facebook berkata, serbuan kira-kira pukul 10.45 malam itu dibuat di kawasan Shahab Perdana Alor Setar Kedah.


Serbuan dibuat anggota dari Balai Polis Alor Setar diketuai Ketua Balai, Inspektor Rozilan Mat Yusoff.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut polis kemudiannya menemukan sejumlah 290 pek plastik lut sinar mengandungi daun ketum.


Pasukan itu kemudiannya menahan dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun bersama rampasan sebanyak 290 pek disyaki daun ketum dengan anggaran berat 58 kilogram.


Tangkapan dan rampasan kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Alor Setar Kedah untuk tindakan lanjut Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Setar. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This