Yang Dipertua USAHANITA Malaysia, Datuk Faridah A Jabbar (tengah) bergambar bersama ahli persatuan USAHANITA serta pelakon terkenal Norish Karman (dua dari kiri) dan Irma Hasmie (dua dari kanan) selepas merasmikan pelancaran program Malaysian Food, Fashion Fiesta 2022 UK di Platinum Walk, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 40 buah produk hasil 40 syarikat usahawan tempatan bakal menembusi pasaran global menerusi program ‘Malaysian Food & Fashion Fiesta 2022 London’.

Program yang akan dilangsungkan selama tiga hari bermula 16 September ini akan diadakan di London, United Kingdom.

Malah, program yang dijalankan oleh persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA) ini juga dianjurkan bersempena Hari Malaysia.

Yang Dipertua USAHANITA Malaysia, Datuk Faridah A Jabbar berkata, program yang bertemakan ‘Taste of Malaysia’ ini bakal memaparkan budaya kesenian, kraftangan, produk-produk tempatan dari ahli USAHANITA serta usahawan tempatan.

Antara produk yang akan diterbangkan khas dari tanah air ke kota London ialah produk perasa makanan berasaskan cendawan dari syarikat Meru Food Trading, sate ‘ready to eat’ dari Minah Satay, biskut mazola dan popia simpul dari Khaiyana.

Bukan itu sahaja, terdapat juga ubatan tradisional yang berasaskan herba hutan dari Pearl Herbs, minyak urut panas hasil produk Zaat Alam dan air sarang burung dari Saliva Walit Bird’s Nest dibawakan khas buat pelanggan di London.

Malah, tidak dilupakan produk yang membantu dalam memudahkan penyediaan makanan daripada syarikat Neksom, Adia Global dan Pak Leh.

Baca artikel berkaitan : USAHANITA lancar program Malaysian Food, Fashion Fiesta 2022 London

Difahamkan, produk-produk ini kemudiannya akan dipamerkan di sebuah restoran Malaysia yang terkemuka di London iaitu Halia UK.

Antara acara yang akan dijalankan ialah padanan perniagaan, pertunjukan fesyen, persembahan kebudayaan, dan pesta makanan.

Pelanggan yang berminat akan produk tempatan ini dapat membuat pembelian menerusi platfrom rasmi e-dagang dalam talian iaitu MyGalore.

Malah, program ini juga dimeriahkan dengan Makan Malam Amal bersama penyanyi Reyhana yang diterbangkan khas dari tanah air.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram