Laporan JKSTUPKK berkaitan LCS telah dinyahklasifikasi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAPORAN Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) telah pun dinyahklasifikasi kerajaan.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh dalam hantaran di Facebook.

Kah Woh turut memuat naik surat daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria.

Menurut Kah Woh, PAC juga telah menerima salinan laporan JKSTUPKK yang telah dinyahklasifikasi.

“Ini adalah lanjutan daripada syor PAC pada 4 Ogos lalu dan keputusan Kabinet pada 10 Ogos.

“PAC akan memuatnaik laporan ini ke portal PAC untuk rujukan semua,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Baca artikel berkaitan: Cadangan tubuh RCI siasat isu LCS dibawa ke Kabinet esok

Berdasarkan surat yang dimuatnaik tersebut, Sollehuddin memaklumkan Jemaah Menteri telah bersetuju menyahklasifikasi laporan siasatan JKSTUPKK berkenaan perolehan enam buah second generation patrol vessel (SGPV), LCS TLDM, Kementerian Pertahanan.

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan proses menyahklasifikasi dokumen berkenaan.

Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat Jabatan Peguam Negara, rujukan kepada perenggan 2.39.1;2.39.2;2.39.4;; Jadual 9; Jadual 10; Jadual 11 dan Jadual 18 telah dipadam.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri membuat keputusan agar Laporan JKSTUPKK yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan disiarkan kepada umum.

Perdana Menteri memaklumkan, Kabinet turut mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.

Namun, proses tersebut perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This