BAKAT baharu semakin meningkat naik, Meerqeen mencetuskan kontroversi apabila bertindak mencium dahi pelawak Indonesia, Kiky Saputri ketika sesi bertemu peminat di negara itu.

Menerusi video yang dimuat naik Kiky di Instagram miliknya, wanita itu membalas ciuman itu di pipi Meerqeen.

“Tidak mengapa kalau tak cantik, yang penting kamu sayang sama saya,” tulis Kiki di ruangan kapsyen berkenaan.

Sementara itu, menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata peminat di Indonesia teruja melihat hubungan baik selebriti ini dan tidak mempertikaikan aksi bercium itu.

Walau bagaimanapun, ada komen daripada peminat Malaysia yang mempersoalkan adab dan kelakuan Meerqeen yang dianggap terlalu terbuka.

“Apa ni Meerqeen! Come on lah behave sedikit tak boleh ke?

“Kecewa weh dengan dia. Padahal dia boleh tolak,” komen netizen.

Dalam pada itu, menjengah ke Instagram Meerqeen, rata-rata pengikut meluahkan rasa kecewa dan menitipkan pesanan agar sentiasa berhati-hati kerana budaya di negara luar berbeza dengan di Malaysia.

“Dekat TikTok semua dah viral kan. Habislah dia kena keccam. Tapi kenapa dia tak tolak perempuan tu. Dia tak fikir ke risiko macam mana. Budaya kita dengan Indonesia tak sama.

“Ini pelajaran buat Merqeen. Insya-Allah biar semua serah pada Allah. Moga Meerqeen tak baca komen-komen yang kecam dia.

“Aku nak gelak saja lihat kebodohan Meerqeen ini. Kejap lagi ada lah kenyataan minta maaf. Kesian dia tak fikir ke perasaan ibu bapa dia.

Ini bukanlah kali pertama aksi bersentuhan dikaitkan oleh bintang drama Melur Untuk Firdaus apabila dia turut dipeluk oleh seorang peminat wanita di Indonesia.

Difahamkan, individu tersebut sudah meminta izin untuk memeluk Meerqeen terlebih dahulu.