Baby Sayang trending, Aliff Syukri buktikan dirinya penyanyi nombor satu negara

Dari Penulis

LAGU dangdut nyanyian usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima iaitu Baby Sayang sohor kini dan berada di tangga pertama di saluran Youtube selepas 23 jam dimuat naik, semalam.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik (MV) tersebut mencatatkan lebih 325,000 tontonan dan lebih 5,300 tanda suka.

Menerusi siaran langsung di TikTok semalam, Aliff meluahkan rasa gembira apabila lagu nyanyiannya itu berada di tangga paling atas mengalahkan penyanyi lain seperti Blackpink menerusi single Pink Venom.

@utusantvofficial

No.1 gais ???. Dah tunggu apa lagi, jom! layan Baby Sayang. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #sembangentertainment

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Nampak gayanya sayalah artis nombor satu negara.

“Nombor satu guys! Siapa yang menidakakkan lagi kewibawaan saya. Sayalah penyanyi nombor satu di Malaysia!.

“Anda kena akui saya lah penyanyi yang sebenar kesayangann rakyat Malaysia. Syukur lagu ini trending nombor satu dalam masa sembilan jam.

“Sekarang ini saya akui saya memang penyanyi nombor satu Malaysia buktinya saya nombor satu trending,” katanya.

Sebelum ini, Aliff membuat pengumuman akan mengundurkan diri daripada media sosial.

Namun, nampaknya Aliff seperti tidak boleh ‘lari’ daripada dunia media sosial apabila dia kembali aktif bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This