Pelanggan nyaris maut kedai makan terbakar

Dari Penulis

KIRA-kira 20 pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Kampung Kala Baru, di Gua Musang, Kelantan nyaris maut apabila kedai itu terbakar hari ini.

Pemilik kedai, Asmah Muhammad, 37, berkata kebakaran pada 12.30 tengah hari itu berlaku apabila bahagian dapur kedai terbabit dihempap pokok setinggi 20 meter lalu mencetuskan kebakaran.

Asmah berkata sebelum kejadian, dia telah meminta bantuan daripada seorang penduduk kampung untuk menebang pokok berusia lebih 30 tahun itu.

“Api mula marak dari bahagian dapur dengan begitu cepat dan saya tidak sempat menyelamatkan barang perniagaan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Asmah bersyukur kerana pelanggannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiga motosikal yang diletakkan berhampiran kedai itu sempat dialihkan ke tempat selamat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 12.39 tengah hari dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.20 tengah hari.– BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This