Polis cari lelaki rosakkan Jalur Gemilang di ibu negara

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang videonya tular merosakkan Jalur Gemilang dipercayai berlaku di ibu negara, semalam.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

“Polis tidak menerima sebarang laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya.

Semalam, satu video berdurasi 34 saat tular dalam aplikasi TikTok memperlihatkan seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dipasang di laluan pejalan kaki.

Baca artikel berkaitan: Polis sahkan kes gangguan seksual penuntut IPTA

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang.

Pemilik video tersebut memberitahu telah menegur perbuatan berkenaan tetapi dimarahi semula oleh lelaki berkenaan.

Dalam rakaman video berasingan, pemilik akaun TikTok itu memaklumkan, ramai pengguna jalan raya telah membunyikan hon dan menegur perbuatan tersebut, namun tidak diendahkan.

Kejadian berkenaan juga difahamkan sewaktu jalan agak sesak sekali gus menyukarkan orang ramai berhenti selain khuatir dengan keselamatan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This