Tangkap layar ciapan mangsa.

POLIS mengesahkan telah menerima makluman mengenai ciapan di laman Twitter berhubung laporan berkaitan kejadian percakapan dan perbualan berunsur lucah terhadap seorang penuntut perempuan sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, pihaknya mengesan hantaran tular yang memuat naik tangkap layar memaparkan laporan polis bertarikh 2 Jun 2021.

“Polis mengesahkan mengenai aduan yang dibuat mangsa dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Murid 11 tahun cedera di kepala dirempuh motosikal

Beliau berkata, semua pihak yang terbabit sudah dipanggil untuk memberikan keterangan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan serta telah dirujuk ke bahagian siasatan dan perundangan Bukit Aman untuk arahan selanjutnya.

“Pihak polis berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram