Tangkap layar rakaman memaparkan seorang mak cik (berbaju merah jambu) mengajar pelancong asing bahasa Melayu.

WOW! Terpegun sejenak selepas melihat seorang mak cik “cleaner” tiba-tiba fasih berbahasa Jepun disulam Inggeris.

Klip video rakaman terbabit mula tular selepas dikongsikan di laman Facebook oleh salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Hanafi Damanhuri, semalam.

“Rancak makcik ni ajar orang Jepun belajar bahasa Melayu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan kejadian berlaku di Masjid Negara.

Menerusi rakaman video, wanita tersebut dipercayai merupakan pekerja kebersihan di tempat terbabit kerana dilihat sedang memegang sebatang kayu mop.

Lebih mengangumkan, wanita tersebut fasih berbicara dalam bahasa Inggeris dan Jepun apabila menerangkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan harian terhadap pelancong tersebut.

@utusantvofficial

Bukan kaleng-kaleng mak cik kita seorang ni. Min tabik 😁. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Cintailah bumi yang dipijak, langit yang dijunjung

Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terkesima dan bangga akan kelebihan yang dimiliki oleh wanita tersebut.

“Cayalah makcik!..Japanese-English-Malay suma dia onzzz!,” kata Zati Mustafa.

“Perjalanan hidup dia mesti hebat.,” komen Siti Fatimah Ibrahim.

“Wow… it is always interesting.. kadang2 ada mereka yg bijak tapi tak berpeluang lanjut pelajaran; ada yg terpaksa bekerja lebih awal utk support hidup, etc. Always interesting. You should make this post public,” tulis Shahrill Ramli.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram