Berang isteri fail cerai, lelaki ugut bunuh pasangannya ditahan

Dari Penulis


BERANG dengan tindakan isteri memfailkan cerai, seorang lelaki yang mengugut mahu membunuh dan menjadikan pasangannya itu cacat seumur hidup ditahan polis, semalam.


Suspek berusia 35 tahun itu ditahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan lelaki yang mempunyai satu rekod lampau dadah dibuat selepas polis menerima laporan daripada wanita terbabit.


Katanya, sebelum itu, suspek menghubungi mangsa menyatakan ketidakpuashatiannya dengan tindakan wanita tersebut memfailkan cerai.


“Lelaki itu mengugut mahu membunuh dan menjadikan isterinya cacat seumur hidup. Mangsa yang ketakutan kemudiannya membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad Farouk berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

“Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This