Tiga remaja 15 tahun pukul rakan ditahan polis

Dari Penulis

TIGA remaja ditahan selepas bertindak “samseng” memukul seorang gadis dalam kejadian di tempat letak kenderaan di Buangkok, Singapura.

Polis telah menerima maklumat membabitkan kejadian di Blok 269 Compaccvale Link pada hari Selasa, pukul 9.25 malam.

Memetik laporan Channel News Asia, mangsa terbabit tidak mengalami kecederaan, tetapi dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 15 tahun dan siasatan dijalankan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Mangsa dan suspek dipercayai mengenali antara satu sama lain,” kata polis dalam satu kenyataan pada Khamis.

Malah, video pergaduhan terbabit telah tular di media sosial dan memaparkan aksi ketiga-tiga suspek dilihat memukul mangsa berulang kali.

Baca artikel berkaitan : Pukul, sepak remaja 14 tahun, 11 pelajar sekolah asrama di Kuala Nerus ditahan

Suspek juga telah menarik rambut dan menolak mangsa ke lantai beberapa kali.

Turut kelihatan di dalam klip video dua orang lelaki cuba menghalang perbuatan tersebut namun menerima akibat apabila ditumbuk oleh suspek beberapa kali.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This