Enggan buat gimik murahan sebab keluarga mentua dikenali? Ini jawapan Tya Arifin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

INGIN terus menjaga nama baik diri dan perniagaan, pelakon Tya Arifin bagaimanapun  tetap menghormati pilihan usahawan kecantikan yang ingin mempromosikan produknya dengan cara ekstrem.

Jelas Tya yang juga menantu kepada penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata, setiap pengasas produk mempunyai ‘target market’ mereka tersendiri dan berhak untuk melakukan sebarang gimik demi menarik perhatian orang ramai termasuklah menggunakan aset tubuh.

“Bagi saya setiap individu yang mengeluarkan produk mempunyai ‘target market’, cara pemasaran sendiri selain tahu apa yang mereka mahukan. Setiap daripada kita berbeza dan saya hormati. Mungkin itu cara mereka. 

“Saya tidaklah sokong seratus peratus cuma saya hanya nak fokus kepada diri sendiri dan bukan nak berniaga untuk tempoh pendek. Saya tahu kualiti produk saya. 

“Saya juga tak mahu fikir hanya nak viral, tapi lebih kepada penjenamaan itu sendiri. Jadi kenalah berfikir dalam skop yang lebih luas. Saya sendiri ada impian untuk bawa Mutyra ke peringkat yang lebih besar,” katanya kepada URTV.

Tya berkata demikian ketika Majlis pelancaran produk dan memperkenalkan dutanya iaitu pelakon Anna Jobling di Wisma Mutyara di Puchong Utama, Selangor. 

Sementara itu, Tya pada masa sama menafikan dia mempunyai batasan untuk melakukan gimik murahan kerana berada dalam kelompok keluarga yang dikenali ramai. 

“Sebelum ini pun saya aktif berlakon di Indonesia. Malah kalau nak diceritakan mengenai kisah sensasi saya di sana pun memang jarang sebab saya hanya fokus kerja sahaja, memang niat nak bantu keluarga. Saya bawa niat itu sampailah sekarang. 

“Setakat ini tiada pun batas daripada pihak mentua.  Cuma ia berbalik kepada diri sendiri untuk saya ambil berat mengenai perkara sedemikian. Selain itu saya kena tahu batas sebagai isteri dan ibu. 

“Saya ambil jamu sejak dulu. Kalau nak jadi orang lain rasa macam tak kena. Hujung-hujung mungkin saya akan jadi diri sendiri. Kalau bukan diri saya, memang tak kan buat begitu,” ulasnya lebih lanjut.

Berkongsi mengenai Jamu Mutyara dengan formulasi berbeza tanpa gula kini, jelas Tya ini adalah satu lagi kejayaan penting buat jenama berkenaan.

“Kita tahu ramai wanita di luar sana yang memerlukan produk yang menepati pilihannya. Seperti di Jamu Mutyara kami sentiasa mengambil berat akan setiap maklum balas pengguna.

“Melalui formulasi baharu ini kami hasilkan Jamu Mutyara tanpa gula. Namun di sebalik produk baharu ini apa yang penting khasiat yang tersedia dalam setiap produk Jamu Mutyara masih sama,” kongsinya.

Bersempena perlancaran produk terbaharu ini juga, ia turut dijual dengan harga pengenalan RM69 bermula 18 hingga 22 Ogos ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah...

More Articles Like This