Tradisi aneh mencungkil mata

Dari Penulis

DI sebuah daerah terpencil di India, terdapat satu tradisi yang agak aneh dan menggerunkan iaitu festival mencungkil mata, atau dikenali sebagai ‘Festival Khwaja Chishti Moinuddina’ oleh penduduk tempatan.

Apa yang uniknya mengenai ritual ini adalah para peserta akan melakukan aksi-aksi yang dianggap merbahaya. Mereka akan menusuk mata di sebelah bahagian atas dengan menggunakan benda runcing atau tajam sehingga membuatkan mata menjadi terbeliak seakan-akan hendak terkeluar.

Festival ini kebiasaannya dilakukan di daerah Ajmer yang terletak di bandar Rajasthan, sebuah bandar yang dikelilingi oleh pergunungan Aravalli. Dipercayai tradisi ini telah bermula sejak 12 abad yang lalu. Ia diadakan pada bulan tujuh setiap tahun.

Ketika perayaan tersebut berlangsung, ribuan penduduk akan berkumpul untuk menyaksikan persembahan daripada individu-individu yang terlibat dalam festival itu.

Mereka yang dipilih untuk melakukan aksi ganas itu adalah secara sukarela. Kebanyakannya adalah kaum lelaki tanpa mengira usia. Antara alatan tajam yang digunakan oleh mereka ialah pisau, pedang dan juga dawai besi.

Festival mencungkil mata di India.

Ketika hari perayaan itu berlangsung, bandar Ajmer akan menjadi lebih sibuk berbanding hari biasa. Pelbagai alatan bunyi seperti gendang akan dipalu sebagai isyarat memanggil semua penduduk berdekatan berkumpul.

Apa yang uniknya, festival ini hanya akan disambut dalam tempoh masa tiga jam 30 minit dan diadakan selama enam hari berturut-turut. Ia akan bermula dari jam 10 pagi hingga jam 1:30 petang sahaja. Pada hari terakhir, tembakan meriam akan dilepaskan sebagai tanda sambutan perayaan tersebut telah pun selesai.

Festival ini disambut oleh penduduk di situ hanya sekadar manifestasi mereka terhadap rasa syukur dan memperingati ulang tahun kematian pengasas keagamaan mereka. Ia dilakukan atas dasar tuntutan kerohanian dan kepercayaan yang memerlukan seseorang individu itu melakukan aksi sedemikian.

Seseorang yang melalui tradisi ini perlu mencabar mental dan fizikal untuk mendapatkan tingkat tertinggi dalam kepercayaan kerohanian. Paling tidak pun, mereka akan mendapat penghormatan dan dikagumi kerana semangat dan dedikasi yang ditunjukkan.

Bagaimanapun, amalan ini tidak disokong oleh sebahagian besar penduduk di seluruh dunia kerana ia dianggap sebagai perbuatan yang zalim dan kejam. Ia dilihat memberi kesan yang membahayakan kepada bahagian mata dan berisiko menjadi buta untuk kesan masa jangka yang lama.

Namun, mereka yang membuat aksi luar biasa ini mengatakan perlakuan itu tidak mendatangkan bahaya kepada mereka. Dakwa mereka, ia hanya berlaku untuk sementara sahaja.

Fetival ini terus diraikan kerana telah menjadi sebahagian daripada amalan serta kepercayaan masyarakat di sana. Malah, mereka yang berjaya melakukan aksi ini akan dihormati kerana memiliki keberanian dan semangat kental yang tinggi.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This