Lagi kes lelaki rosakkan Jalur Gemilang

Dari Penulis

POLIS menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman selepas bertindak merosakkan Jalur Gemilang di Jalan Tun Sambanthan 4, pada pukul 3.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya tiba di lokasi dan mendapati dua pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama seorang lelaki Cina kurang siuman.

“Pegawai DBKL terbabit membuat aduan susulan mendapati suspek merosakkan Jalur Gemilang di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapatkan bantuan anggota kereta peronda bagi membawa suspek ke Balai Polis Brickfields bagi tujuan dokumentasi.

“Suspek dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi pemeriksaan kesihatan dan untuk dirujuk ke wad psikiatri,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Penganggur gunting Jalur Gemilang ditahan polis

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222 atau ke balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This