SEBUAH lori sampah dipercayai terbabas sendiri sehingga mengakibatkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) pukul 8.50 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pemandu lori berusia 47 tahun telah hilang kawalan akibat terlanggar lopak air.
Beliau berkata, lori telah terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tembok batu.
“Pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Eng Lai berkata, kes kini disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur.
Baca artikel berkaitan : Penumpang Axia maut, kereta terbabas langgar tiang batu
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

