SEORANG penunggang motosikal maut selepas diseret sebuah kereta dalam satu kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Tendong, Pasir Mas, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasarudin M Nasir berkata, mangsa Muhammad Yazid Zakaria, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, pihaknya mendapati keadaan jalan ialah basah, gelap dan tidak berlampu dalam kejadian pukul 2 pagi itu.
Katanya, mangsa dipercayai sedang menunggang motosikal dari Wakaf Bharu ke Pasir Mas sebelum terjatuh dan masuk ke laluan bertentangan.
“Pemandu kereta berusia 45 tahun tidak sempat mengelak kerana jarak yang dekat lalu menyebabkan mangsa terseret,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bampar hadapan kereta tercabut.
Baca artikel berkaitan : Penunggang motosikal maut tersangkut pada tayar belakang Myvi
Siasatan mendapati pemandu kereta tidak mempunyai lesen memandu manakala mangsa mempunyai lesen memandu kereta sahaja.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram