Polis sahkan dua lelaki ragut wanita berbaju kelawar ditahan

Dari Penulis

TINDAKAN pantas orang awam berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut dua lelaki dalam kejadian di tepi Lorong Kuda persiaran KLCC, Jalan Ampang pada malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan dan warga asing masing-masing berusia 32 dan 35 tahun telah ditangkap polis.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.38 malam.

“Turut dirampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua buah topi keledar dan sebuah rangkai kunci motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama lima hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai menyalurkan maklumat dengan serta aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah Dang wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca artikel berkaitan : Lelaki diikat kerana ganggu remaja perempuan, bukan ragut

Sejak semalam, tular rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan suspek cuba meragut seorang wanita berbaju kelawar.

Tindakan pantas orang awam terutama “abang GrabFood” melanggar motosikal suspek dipuji netizen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This