Khairy beri jaminan tak akan benarkan ganja untuk rekreasi

Dari Penulis

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu memberi jaminan kerajaan tidak akan membenarkan kanabis digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.

Khairy berada di Thailand untuk lawatan kerja empat hari bagi mengkaji amalan, kaedah penanaman, penyelidikan dan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

“Saya berada di Bangkok untuk memahami dengan lebih lanjut bukti klinikal dan rangka kerja kawal selia. 

“Jika bukti klinikal menunjukkan bahawa kanabis selamat dan mujarab untuk digunakan bagi tujuan perubatan, kami akan menyediakan rangka kerja pengawalseliaan dan garis panduan amalan klinikal.

“Jangan khuatir, penggunaan kanabis untuk tujuan rekreasi tidak akan dibenarkan,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Catatan itu turut memuatkan gambar Khairy bersama Menteri Kesihatan Thailand Anutin Charnvirakul di sebuah pusat penyelidikan kanabis.

“Bersama rakan saya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul (gambar bawah) menunjukkan produk CBD Thailand. 

Gambar FB Bernama

Baca: Kanabis untuk perubatan: KKM berminat belajar dari Thailand

“Mereka telah membenarkan kanabis untuk tujuan perubatan,” kata Khairy.

Pada awal hari ini, Khairy melawat Siam Cannabis Land di Pattaya, dan beliau diberi taklimat serta melawat rumah hijau dan ladang penanaman terbuka yang menanam pelbagai jenis kanabis.

Projek bandar kanabis seluas 350 ekar dijangka memberi tumpuan kepada pembangunan produk kesihatan dan perkhidmatan perubatan yang komprehensif.

Pada 9 Jun, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand mengeluarkan kanabis yang mengandungi tidak melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) daripada senarai narkotik yang diharamkan.

Bagaimanapun, pemilikan kandungan yang diekstrak seperti minyak dan hidangan seperti makanan dan minuman mengandungi lebih daripada 0.2 peratus THC masih diharamkan di Thailand. 

THC adalah sebatian psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This