Lelaki lagak samseng di Lebuhraya NKVE ditangkap

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang berlagak samseng di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Ahad lalu ditahan polis pada pukul 7 malam tadi.

Kejadian berlaku berdekatan Plaza Tol Bukit Raja, pukul 2.50 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan selepas tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi memberi keterangan.

“Permohonan reman ke atas suspek yang bekerja sebagai pemandu lori akan dilakukan esok,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

Sebelum ini, pihaknya telah menerima laporan membabitkan kejadian daripada seorang pengurus operasi.

Baca artikel berkaitan : Pemandu Myvi samseng didakwa

Beliau berkata, mangsa berusia 41 tahun sedang memandu kenderaan bersama suami dari Taman Melawati ke Shah Alam.

“Mangsa mendapati pemandu kereta Honda putih tidak berpuas hati kerana mangsa bertindak menukar lorong,” katanya.

Suspek kemudian memberhentikan kenderaan di hadapan kereta mangsa lalu turun dari kereta sebelum bertindak memarahi serta memaki hamun.

Suspek juga bertindak membaling objek yang tidak dapat dikenal pasti ke arah kereta mangsa.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sentiasa bersedia, fenomena El Nino sebabkan cuaca lebih panas dan kering – Ahmad Zahid

SELURUH rakyat dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa ekoran fenomena El Nino dalam tempoh terdekat. Timbalan...

More Articles Like This