Zahid adakan taklimat khas Presiden UMNO Sabtu ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan satu taklimat khas Presiden kepada ahli-ahli UMNO, Sabtu ini. 

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitter. 

Menurut Ahmad, taklimat khas Presiden itu akan disampaikan pada pukul 2 petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Beliau memaklumkan, taklimat khas tersebut akan berkisar tentang isu semasa terkini. 

“Standby, jemputan rasmi akan dibuat. 

“Semua ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian dan pimpinan yang ingin hadir perlu mengenakan pakaian berwarna merah,” katanya dalam ciapan itu. 

Isnin lalu, Ketua-ketua UMNO Bahagian dikatakan mengadakan perjumpaan tergempar bagi mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Baca artikel berkaitan: UMNO dukacita, terkilan keputusan perbicaraan Najib – Zahid Hamidi

Selepas mesyuarat tersebut, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendakwa 158 Ketua Bahagian sebulat suara meminta PRU-15 diadakan segera.

Perjumpaan tergempar itu diadakan selang dua hari selepas Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan supaya PRU disegerakan atau UMNO dan BN akan tewas, sambil menyifatkan sekarang adalah waktu terbaik ia diadakan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata, tindakan melengahkan PRU bermakna parti itu memberi senjata kepada musuh untuk terus menyerang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This