UMNO dukacita, terkilan keputusan perbicaraan Najib – Zahid Hamidi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KELUARGA besar UMNO menzahirkan rasa dukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat Mahkamah Keputusan semalam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO juga berasa amat terkilan dengan beberapa perkara sepanjang tempoh perbicaraan itu.

Jelas beliau, antaranya usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baharu dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembela yang baharu membuat persiapan telah dinafikan.

“Bagi UMNO, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali dapat memadamkan jasa besar Najib.

“Najib merupakan Perdana Menteri yang telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meletakkan Malaysia di persada dunia.

“Tetapi ia telah disuramkan oleh kegagalan dua kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu,” katanya.

Baca lagi: Zahid Hamidi dan Hadi Awang masih sayangkan Muafakat Nasional – Khairuddin

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, walaupun Najib dipenjara, semangat dan daya juang Bekas Presiden UMNO itu akan tetap membara.

Tegas beliau, UMNO akan terus bersama Najib dalam menghadapi perbicaraan kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dimangsakan dengan tekanan politik.

“Kepada seluruh ahli UMNO, kita perlu bertenang dan tanamkan tekad, segala kepincangan dalam sistem untuk menjamin keadilan, akan menjadi salah satu agenda untuk diperbetulkan.

“Ini termasuklah pendedahan bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengenai campur tangan politik Perdana Menteri Pakatan Harapan terdahulu dalam pelantikan Hakim dan perjalanan sistem perundangan negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This