SETIAUSAHA Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd. Hadi dilaporkan akan didakwa di mahkamah esok berhubung perhimpunan skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) iaitu #ManaKapalLCS, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan sendiri Amir menerusi ciapan di Twitter, hari ini.
Menurut Amir, pendakwaan itu akan dibuat mengikut Akta Perhimpunan Aman di Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok.
Katanya, ia susulan himpunan #ManaKapalLCS yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, dua minggu lalu.
“Baru dihubungi oleh peguam (Beatrice dan Raj).
“Esok jam 9 pagi saya akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Akta Perhimpunan Aman berkaitan himpunan #ManaKapalLCS.
“Kita akan terus #Lawan,” katanya dalam ciapan itu hari ini.
Baca artikel berkaitan: Polis akan panggil 13 individu berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir’
14 Ogos lalu, polis dilaporkan akan memanggil 13 individu bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan #ManaKapalLCS.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata ia susulan kertas siasatan yang dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.
Perhimpunan yang bermula pada 2 petang itu berlangsung secara aman dengan kehadiran kira-kira 100 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengawal situasi serta lalu lintas di lokasi terbabit dan semua yang hadir beredar sejam kemudian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

