Lelaki cedera ditembak ketika tunggang motosikal

Dari Penulis

SEORANG lelaki cedera di dada dan lengan kiri selepas ditembak individu tidak dikenali dalam satu kejadian di Kota Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam membabitkan kejadian pada pukul 8.40 malam.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal mangsa telah ditinggalkan akibat terbabas selepas ditembak suspek.

“Mangsa berusia 40-an berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Warga emas maut ditembak selepas main mahjung

Beliau berkata, mangsa telah di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu Mohamad Fakhruddin menyeru saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Maliki Ariffin di talian 013-8308485.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This