Rosmah sahkan Najib dalam keadaan sihat

Dari Penulis

DATIN Seri Rosmah Mansor mengesahkan suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjalani hukuman penjara bermula Selasa, dalam keadaan sihat.

“Tak ada apa, Datuk Seri sihat, Alhamdulillah,” kata isteri bekas perdana menteri itu ketika ditanya keadaan suaminya, sebelum meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 3.39 petang.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir ke mahkamah hari ini untuk memberi sokongan.

Rosmah, 70, yang berbaju kurung dan berselendang merah jambu, tiba di mahkamah pada 12.20 tengah hari bagi mengikuti perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi suaminya.

Terdahulu peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dalam perbicaraan kes 1MDB, enggan mengulas keadaan anak guamnya ketika ditanya media.

Baca artikel berkaitan: Saksi kes penyelewengan dana 1MDB mengaku pernyataan disediakan pegawai

“Saya tidak boleh kata apa-apa… Saya tidak akan kata apa-apa, kerana anda akan pusing dan ubah perkataan kami, malah ketika di mahkamah.

“Pergilah cari sendiri,” katanya kepada pemberita di luar kompeks mahkamah di sini.

Sebelum itu anak perempuan Najib, Nooryana Najwa juga enggan mengulas keadaan bapanya ketika ditemui media, sebelum beliau meninggalkan kompleks mahkamah pada 1.33 petang.

Pada 23 Ogos, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This