Remaja bunuh kekasih kerana putuskan hubungan ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG remaja lelaki ditahan selepas bertindak membunuh seorang gadis di sebuah rumah dekat Kampung Pandan, Klang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek.

Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berhubung kejadian pada pukul 9.12 malam.

Beliau berkata, pengadu telah menerima panggilan video daripada suspek yang meminta bantuan untuk mengambilnya.

“Suspek telah bertindak menekup muka seorang gadis berusia 24 tahun dengan menggunakan bantal sehingga tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pelajar tingkatan empat disyaki ditekup bantal hingga mati oleh kekasih

Jelasnya, mangsa telah dijumpai dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.

Hasil pemeriksaan Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menemui beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

Hoong Fong berkata, suspek berusia 19 tahun yang bertindak melarikan diri telah ditahan di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian.

Turut dirampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima...

More Articles Like This